Pengarah-pengarah JPKN

1. Chiang On Khiong
(1 Julai 1976 Hingga 30 Julai 1988)

2. Koh Choon Kong
(1 Ogos 1988 Hingga 30September 2003)

3. Datuk Dr.Hj Mingu Bin Hj Jumaan
(9 September 2003 Hingga 27 Februari 2019)

4. Ernywati Dewi Binti Abas
(12 April 2019 Hingga Sekarang)

Sejarah Penubuhan JPKN

1976 - 1977

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) merupakan salah satu jabatan sektor awam Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan rasmi pada 1 Julai 1976 di bawah Kementerian Kewangan dengan menggunakan nama Unit Perkhidmatan Komputer (UPK), dan mula beroperasi pada 01 Januari 1977.

Kronologi Penubuhan JPKN

1969 Idea untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan awam negeri diutarakan oleh Datuk Gordon Westall Meggit, Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU).JTU adalah Agensi Kerajaan Negeri pertama yang menggunakan kemudahan komputer yang berpusat di Singapura pada ketika itu. The idea of using computer was first moulded in 1969 by Datuk Gordon Westall Meggit, Director of Lands and Surveys Department which was the first Government Agency in Sabah to utilise computer facilities based in Singapore.

1973 Pada awal tahun 1973, Biro Perkhidmatan Komputer telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksana aktiviti pengkomputeran bagi pihak Kerajan Negeri.In early 1973, a Computer Service Bureau was engaged by the Sabah State Government to computerise and process Government applications.

1975 - 1976 Unit Perkhidmatan Komputer (UPK) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Negeri pada penghujung 1975 untuk mengambil alih semua aktiviti pemprosesan data Kerajaan Negeri Sabah. Penubuhan UPK telah diisytihar dengan rasminya pada 1 Julai 1976. Unit ini beroperasi dengan jumlah bilangan kakitangan seramai 50 orang.

1977 UPK beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1977 dengan penubuhan dua (2) buah pusat komputer di bawah kawalannya iaitu di Bangunan Sekretariat, Kota Kinabalu dan Kompleks Perhutanan, Sandakan. Fungsi utama UPK adalah memberikan perkhidmatan pemprosesan data kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang meliputi aktiviti :

  • Pemprosesan data
  • Konsultasi pengkomputeran
  • Pembangunan perisian aplikasi
  • Piawaian Prosedur
  • Khidmat nasihat pengkomputeran
  • Pengurusan maklumat
  • Latihan Komputer

  • 1992 Diiktiraf ke Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri pada 7 Mei 1992. Selari dengan perkembangan dan penggunaan IT yang pesat dalam sektor awam negeri, perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini semakin bertambah. Pada 7 Mei 1992, nama Jabatan ini telah ditukarkan daripada Unit Perkhidmatan Komputer kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Penubuhan Jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan berkaitan dengan bidang pengkomputeran kepada semua kementerian, Jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.

    2017 Berpindah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 17 April 2017. Ketika ini, ibu pejabat jabatan ini beroperasi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Terdapat 8 Bahagian di ibu pejabat yang memainkan peranan utama dalam pelaksanaan ICT Jabatan iaitu Bahagian Pentadbiran & Pengurusan, Pembangunan Sistem, Strategi Korporat, Latihan dan Kompetensi, Keselamatan Siber, Perancangan & Penyelidikan, Multimedia & Sokongan, dan Pusat Data Kerajaan Negeri. Bagi memantapkan dan melancarkan perkhidmatan jabatan, lima (5) cawangan dan sebelas (11) kumpulan sokongan IT (KSIT ) diwujudkan. Lima (5) cawangan tersebut ditempatkan di Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu, dan Beaufort. Manakala KSIT ditempatkan di Jabatan dan Kementerian Kerajaan Negeri Sabah.

    2020 Pada 12 November 2020 JPKN telah diwartakan berpindah daripada Kementerian Kewangan Sabah ke Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (KSTI) Rujukan : Warta Kerajaan Negeri Sabah [ No.JKM(S)100-52/21 JLD. 5(68) ]